Tempatan

Sektor Pembinaan Masih Berdepan Isu Kekurangan Pekerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 September 2022 – Masalah kekurangan pekerja dalam sektor pembinaan mungkin terus berlaku pada suku keempat 2022 sehingga menyebabkan berlakunya kekangan kerja-kerja pembinaan peringkat siap daripada dijalankan dengan pantas.

Penganalisis RHB Investment Bank, Adam Mohamed Rahim berkata masalah kekurangan buruh itu juga telah menyebabkan lima syarikat pembinaan melaporkan keputusan kewangan yang tersasar dari jangkaan pada suku kedua 2022.

Selain itu, tambah beliau walaupun beberapa lagi syarikat pembinaan syarikat menepati jangkaan pada suku kedua 2022, namun sedikit perlahan dibandingkan dengan suku pertama apabila dibelenggu oleh isu kekurangan pekerja yang mula menjejaskan perkembangan kerja di tapak-tapak pembinaan, selain menerima tekanan daripada harga bahan binaan yang mahal.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pemangkin penilaian semula bagi sektor pembinaan mungkin meningkat selepas PRU-15.

“Jika tiada perubahan dasar yang ketara berlaku selepas PRU-15, keadaan ini mungkin menguntungkan pelaksanaan projek yang sedang dijalankan dan yang akan datang. Jika situasi yang sebaliknya berlaku dan menyebabkan parlimen tergantung, prospek pasaran mungkin menjadi semakin tidak menentu.”

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengatakan bahawa pekerja asing dari India bakal diambil untuk bekerja di beberapa sektor termasuk sektor perkhidmatan dan pembinaan.

Pekerja Asing Dari India Bakal Diambil

Menurut laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, selain dari sektor pembinaan, mereka juga akan bekerja di bawah sektor pertanian dan perladangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: