Antarabangsa

Kenyataan Setiausaha Dalam Negeri UK Dilabel ‘Rasis & Islamofobik’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 13 April 2023 – Setiausaha Negara United Kingdom (UK), Suella Braverman baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman, di mana beliau menyatakan bahawa lelaki British yang berketurunan Pakistan adalah di antara pesalah utama bagi “grooming gangs”.

“Grooming gangs” adalah merujuk kepada lelaki-lelaki yang memikat golongan remaja dan kanak-kanak dengan berpura-pura menyayangi dan prihatin terhadap golongan tersebut sebelum mula mendera mereka kemudiannya.

BACA JUGA: 30 Barang Disenarai Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Pasaran Bon Malaysia Tarik Banyak Dana Luar

BACA JUGA: Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’

Dr. Robert Faure Walker daripada University College London dan penulis buku “Emergence of Extremism” telah memberi amaran menerusi sebuah sesi temu bual menyatakan bahawa kenyataan Braverman itu berpotensi untuk mencetuskan huru-hara sosial dalam masyarakat British. Katanya,

“Idea mengenai kumpulan-kumpulan “Grooming” Pakistan itu adalah satu bentuk perkauman yang digunakan oleh kelompok Jalur Kanan untuk memecahbelahkan dan membenihkan kebencian dalam kalangan masyarakat British”.

Walker turut menyatakan bahawa idea yang dizahirkan oleh kenyataan Setiausaha Negara UK tersebut membuatkan masyarakat British menjadi kurang aman dan selamat.

Beliau turut menyatakan bahawa naratif yang bersifat perkauman dan Islamofobia tersebut membawa kepada perkembangan yang bahaya dan pecah belah bagi polisi “counterterrorism” dalam kalangan masyarakat British.

Program Prevent yang bersifat draconian tersebut memberi kuasa terhadap kerajaan bagi melakukan pengawasan besar-besaran dan memberi kuasa untuk menahan sesiapa saja semata-mata berdasarkan rasa syak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: