Tempatan

Kenyataan Ramasamy Sangat Bahaya, PERKASA Lapor Polis – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2023 – Presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) Syed Hassan Syed Ali semalam hadir membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung kenyataan dari Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy yang disifatkan sebagai sesuatu yang sangat berbahaya dan perlu segera diambil tindakan tegas.

Menurutnya, kenyataan Pemimpin DAP itu bukan sahaja sangat merbahaya kerana telah mencetus kemarahan orang Melayu malah jika tidak dikawal boleh terjadi rusuhan antara kaum.

Syed Hassan berkata, beliau telah terbaca satu kenyataan dari Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang telah diviralkan dalam banyak portal berita dan media sosial. Salah satunya portal berita Malaysia Gazette (MG).

Menurutnya, laporan MG memetik kenyataan YB P. Ramasamy dari Facebook rasminya menggesa Perdana Menteri melihat kakitangan didominasi satu kaum sahaja.

“Saya percaya berdasarkan kenyataan Ramasamy itu, beliau merujuk kepada kaum Melayu,” tegasnya.

Maka, PERKASA melihat kenyataan Ramasamy adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tercatat dalam Perkara 153 yang menyebut keistimewaan orang Melayu serta anak Negeri Sabah dan Sarawak untuk jawatan-jawatan dalam Kerajaan.

“Saya sendiri telah terbaca pelbagai pihak mengecam kenyataan P. Ramasamy dalam isu yang sama ini di pelbagai platform media lain, jelas ianya boleh mendatangkan kemarahan majoriti orang Melayu,” ujarnya.

Dengan itu, saya perlu buat laporan polis ini agar pihak polis dapat menyiasat sekiranya ada unsur-unsur provokasi terhadap orang Melayu oleh P. Ramasamy dan perlu didakwa jika kenyataannya itu cuba cetuskan huru-hara dengan terhasutnya kaum-kaum lain hingga membenci orang Melayu dan Bumiputera dalam isu yang dibangkitkan oleh P. Ramasamy itu.

“Justeru, saya berharap pihak polis wajar menyiasat segera perkara dibuat atas laporan ini agar pihak yang berkenaan diambil tindakan tegas”, katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: