Tempatan

Kenyataan Media Terhadap Pandangan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Berhubung Tafsiran Mengelirukan Mengenai Kedaulatan YTM Dato’ Undang Yang Empat Negeri Sembilan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Merujuk kepada siaran ‘Temu Bual Bicara Pakar: Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan’ di saluran YouTube Perpustakaan UiTM oleh penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz bersama Prof Madya Dr Mohd Rosli Saludin selama satu jam pada 8 Julai 2022 dan kemudian satu lagi video oleh Dr Shamrahayu bertajuk ‘Kedaulatan Hanya Milik Raja Pemerintah’ yang disiarkan di Facebook Kursi Institusi Raja-Raja Melayu pada 20 Julai 2022.

YTM Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin menzahirkan rasa dukacita dan kekesalan yang amat dalam dengan tafsiran mengelirukan, separuh masak dan tidak tuntas oleh Dr Shamrahayu mengenai Perkara 181 yang menyentuh kedaulatan Pembesar-Pembesar Memerintah menerusi istilah ‘Raja bagi Negeri Sembilan’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah kenyataan beliau yang berubah dan tidak konsisten pada dua siaran itu cukup mengguris sensitiviti YTM Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin selaku Raja bersama di Negeri Sembilan.

Sayugia dimaklumkan, tafsiran Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah dibaca bersama Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; Fasal 6, Fasal 28 dan Fasal 79 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perkara 66 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) untuk pemahaman lebih tuntas dan tepat. Tafsiran itu juga wajar mengambil kira amalan sistem beraja di Negeri Sembilan antara Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin sejak Perjanjian Konfederasi Negeri Sembilan dimeterai pada 8 Ogos 1895.

WhatsApp-Image-2022-07-24-at-4.04.02-PM.jpeg?resize=225%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

YTM Dato’ Undang Jelebu juga menzahirkan rasa kecewa dan terguris dengan tindakan Dr Shamrahayu yang tidak bersungguh-sungguh  memperbetulkan kekhilafan yang dilakukan apabila dihubungi secara langsung menerusi aplikasi WhatsApp pada 22 Julai 2022.

YTM Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin telah memberi teguran terhadap UiTM dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu supaya tidak lagi menyentuh secara semberono akan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah yang menjadi sebahagian institusi Raja bagi Negeri Sembilan.

Sekian, wassalam.

Kebawah Kaus YTM Dato’ Undang Yang Empat Dan YTM Tengku Besar Tampin, N.S.D.K

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: