Tempatan

KENYATAAN MEDIA PAPUH – TAHNIAH KEPADA YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA DAPAT 10,000 TAMBAHAN KUOTA HAJI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAHNIAH KEPADA YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA DAPAT 10,000 TAMBAHAN KUOTA HAJI

PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI MALAYSIA (PAPUH), ingin merakam ucapan tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia, yang telah berjaya memperolehi tambahan 10,000 kuota haji, dari hasil pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana Al-Yamamah, Arab Saudi baru-baru ini.

Ini menjadikan kuota rasmi haji Malaysia adalah sebanyak 41,600 orang, berdasarkan peratusan kuota haji yang ditetapkan oleh Arab Saudi untuk setiap negara iaitu pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Walaupun tambahan kuota haji ini hanya akan diluluskan selepas situasi haji kembali normal akibat pandemik Covid-19, rata-rata ahli kami amat bersyukur dengan pengumuman ini dan tidak sabar untuk memasarkan pakej haji swasta mereka kepada orang ramai. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam perniagaan masing-masing selepas hampir setahun menutup operasi mereka. PAPUH yakin orang ramai tidak sabar untuk membeli pakej haji swasta walaupun pakej haji kali ini akan dikenakan dengan SOP yang ketat oleh Kerajaan Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: