Tempatan

KENYATAAN MEDIA – MATA TIDAK SABAR TUNGGU KESEMUA SOP PELANCONGAN DARI MOTAC

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyambut baik inisiatif MOTAC dalam merangka 13 prosedur operasi standard (SOP) yang akan menjadi garis panduan kepada pengusaha pelancongan dalam situasi pandemik COVID-19 seperti yang telah diwar-warkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB. Datuk Seri Nancy Shukri.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada MOTAC bagi merangka SOP dengan mengambil kira segala aspek keselamatan dan kesejahteraan sebelum industri pelancongan dibuka sepenuhnya.”

“Dengan adanya SOP ini, pelancong domestik dan antarabangsa akan merasa bertambah yakin, percaya dan keselamatan terjamin untuk melancong di dalam negara kita dengan ada SOP yang telah rangka.”

“Pemandu pelancong dan bas adalah individu yang penting bagi memastikan segala SOP Pelancongan diikuti oleh pelancong semasa berada di dalam negara kita. Saya juga berharap agar MOTAC mengadakan satu sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan bagi menerangkan secara terperinci kesemua SOP yang akan menjadi garis panduan semasa melancong di Malaysia.”

Semua persatuan pelancongan yang berada di Malaysia, rata-rata ahli-ahli mereka tidak sabar menunggu kesemua SOP yang dirangka oleh MOTAC untuk digunapakai dalam situasi norma baharu bagi menyambut kedatangan pelancong kelak.

Meskipun sektor pelancongan antara yang terjejas teruk sepanjang tempoh COVID-19 melanda negara, MATA & MOTAC akan terus berganding bahu dan tetap komited melipatgandakan usaha bagi memastikan industri ini terus bertahan dan pulih dengan segera seterusnya menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

Sementara itu, kejayaan dicapai oleh MOTAC ketika menghadapi situasi penuh mencabar dalam tempoh setahun ini menunjukkan MOTAC sedar dan prihatin terhadap para penggiat industri yang sememangnya sangat terkesan dalam mendepani impak COVID-19 melanda negara. Ini terbukti dengan Pengumuman khas PEMERKASA oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin yang dilihat membantu sektor pelancongan seperti kami.

Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan YAB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, yang begitu prihatin melihat kesusahan kami sebagai pemain industri.

MATA yakin di akhir kegelapan selama setahun sudah tentu suasana terang menunggu kita di penghujung jalan.

Insya Allah.

Dato’ Mohd Khalid Harun
Presiden

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button