Tempatan

KENYATAAN MEDIA: AGENSI PELANCONGAN TARIK NAFAS LEGA – PAPUH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

AGENSI PELANCONGAN MENARIK NAFAS LEGA DENGAN PEGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MEMBANTU INDUSTRI PELANCONGAN

PERSATUAN AGENSI PELANCONGAN UMRAH & HAJI MALAYSIA (PAPUH), menarik nafas lega dan berterima kasih dengan pengumuman YAB. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu industri pelancongan negara terutamanya agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

Sekalung terima kasih juga kepada MOTAC di bawah pimpinan YB. Dato’ Sri Nancy binti Shukri serta Ketua Setiausahanya YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat yang bertungkus-lumus membantu kami sebagai agensi pelancongan yang hampir tenggelam akibat pandemik COVID-19.

Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dari hari pertama penularan wabak ini sehingga sekarang. Dengan keprihatinan kerajaan Malaysia, ahli-ahli kami bersyukur dan berterima kasih terutamanya kepada MOTAC kerana dengan insentif pemulihan ini, ianya dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh ahli-ahli kami sepanjang pandemik COVID-19.

Sebagai agensi pelancongan, kerajaan Malaysia telah memberi insentif pemulihan bagi mengurangkan beban kami seperti:

1. Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022.

2. Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ringgit untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

3. Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.

4. Menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 ringgit kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

Dengan insentif pemulihan ini, PAPUH yakin ini akan dapat membantu ahli-ahli bangun kembali setelah lumpuh akibat pandemik COVID-19. Dengan pelepasan khas cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000.00 ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia melakukan percutian mereka melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC yang akan menggerakkan kembali rantaian pelancongan seperti hotel, syarikat penerbangan, restoran, taman tema, kedai cenderahati dan lain-lain.

Bagi Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 ringgit kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, PAPUH yakin dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli kami untuk membuka kembali perniagaan mereka. PAPUH berharap agar ahli-ahli dapat menggunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin, walaupun bantuan ini nampak kecil sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban syarikat.

Dengan trend penurunan kes jangkitan harian COVID-19 di dalam negara, PAPUH yakin kerajaan Malaysia akan berusaha membuka semula pintu sempadan negara dalam masa yang terdekat ini bagi membolehkan pelancong asing masuk ke negara dan membolehkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan yang akan tiba. Ini akan dapat memulihkan kembali ekonomi negara dalam sektor pelancongan.

Dato’ Sri Haji Razali Mohd Sham
Presiden PAPUH Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: