Tempatan

Kenyataan Ketua Biskop Mendidihkan Suasana – Nazri Armada Malaiu Malaysia

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KAJANG, 1 Mei 2021 – “Kita tahu, tentang isu yang baru ini dihebohkan ini tentang Archbishop Julian Leow ini mendidihkan suasana ataupun mendidihkan orang-orang Islam Melayu di tanah air sendiri supaya lama-kelamaan menjadi suasana yang tidak harmoni,” kata Nazri bin Che Arr, dari NGO Armada Malaiu Malaysia.

Menyifatkan kenyataan Archbishop Kuala Lumpur, Julian Leow dalam video kontroversi tular “Projek 25 Tahun Kristian Di Malaysia: Rebus Umat Islam Seperti Rebus Katak”, sebagai bertujuan untuk memporak-perandakan situasi negara, Nazri menegaskan bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang majoritinya adalah bangsa Melayu beragama Islam.

Malah, Julian juga dilihat cuba mencabar dan meletakkan ancaman terhadap masyarakat Melayu Islam.

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bila kalian membuat agenda-agenda seperti ini, umpama kalian tidak mengenang budi dan kalian cuba mencabar dominasi bangsa peribumi ini, salsilah, sejarah dan semuanya. Kalian meletakkan ancaman kepada kami. Jadi saya rasa ini tidak wajar. Dengan membuat ucapan-ucapan seperti ini, tidakkah kalian mengkaji budaya masyarakat setempat itu, umpama orang kata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata,’ ha, sambunglah pepatah saya itu kalau kalian tau budaya masyarakat setempat peribumi Melayu ini. Jangan sampai kalian menjual, kami terpaksa membeli.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button