Tempatan

Empangan Hidroelektrik Baleh Siap 5 Tahun Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 15 Jun 2023 – Empangan Hidroelektrik Baleh, projek mega di pedalaman Bahagian Kapit dijangka akan beroperasi dalam tempoh lima tahun lagi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, beliau yakin empangan bernilai lebih RM9 bilion itu mampu disiapkan mengikut jadual pada tahun 2028.

BACA JUGA: Projek Hidroelektrik TNB Bakal Tenggelamkan Tapak Arkeologi Prasejarah Kelantan

BACA JUGA: MP DAP Mahu Penceroboh Ladang Durian Haram Diberikan Lesen

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

“Projek itu kini lancar selepas menghadapi masalah terutama kekurangan pekerja ketika pandemik COVID-19 melanda.”

“Kini keadaan kembali pulih, projek berjalan mengikut jadual dan saya optimis ia siap dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, di Jalan Lapangan Terbang pada Selasa.

Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh yang bermula sejak 2018 dijangka mampu menjana 1,285 Megawatt (MW) tenaga elektrik.

Ia merupakan empangan hidroelektrik keempat di Sarawak selepas Empangan Hidroelektrik Batang Ai di Sri Aman, Empangan Hidroelektrik Bakun dan Empangan Hidroelektrik Murum di Belaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: