Tempatan

Kereta Baharu Buat Menteri, Rakyat Dapat Apa? – Jurucakap Gerakan Dun Machang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG – Jurucakap Gerakan DUN Machang Bubuk, Puvaniten Helan Govan baru-baru ini menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang membeli kereta rasmi baharu berharga RM458,122.78.

Menurut Puvanitan, di saat menteri bermewah dengan kereta baharu, rakyat negeri itu sengsara dan terabai seperti kisah lima sekeluarga yang sebelum ini terpaksa tinggal di dalam kereta dan mandi di tandas awam demi meneruskan hidup.

“Ada rakyat Pulau Pinang yang hidup sengsara tinggal di dalam kereta sehingga lapan bulan meneruskan kehidupan dan mandi di tandas awam.”

“Ini adalah salah satu contoh bagaimana situasi kebajikan rakyat Pulau Pinang begitu terabai dan tidak terjaga langsung sehingga ada yang terpinggir dan terlepas pandang. Ianya hanya mendapat perhatian setelah viral di dalam media sosial.”

Tambahnya lagi, pemimpin politik hari ini sememangnya harus meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama, bukan bermewah.

“Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi kaji dengan teliti aspek kebajikan rakyat Pulau Pinang. Jangan ada golongan yang terpinggir atau terlepas pandang.”

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam satu kenyataan mendakwa, pembelian kereta itu adalah bagi menggantikan kereta lama dalam mengurangkan kos penyelenggaraan selain faktor keselamatan.

Untuk makluman, harga kereta baharu ini hampir dua kali ganda dari harga kereta rasmi sebelumnya yang digunakan oleh Kon Yeow iaitu Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: