Tempatan

“Kenapa Joging Di Sini… Ini Kuil Kami”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU CAVES, 16 Februari 2022 – “Harap semua orang ingat bahawa ini adalah kuil, bukan tempat untuk berjoging atau mendaki,” tempelak seorang individu, Sam Gv di laman Facebooknya terhadap sekumpulan wanita yang dipercayai sedang berjoging di tangga kuil Batu Caves Ahad lepas.

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

Menurut Sam Gv, beliau dimaklumkan bahawa pihak kuil sebelum itu telah menegur perbuatan tersebut namun tidak diendahkan.

Lampiran gambar di dalam Facebooknya menunjukkan beberapa orang pengunjung bertudung sedang bersenam di tangga kuil itu. Mereka dilihat lengkap berpakaian sukan dan berkasut di atas tangga berbeza dengan penganut Hindu yang berkaki ayam.

Posting Sam Gv mengundang kemarahan pengguna Facebook yang lain.

“Apa jadi dengan kod pemakaian…itu untuk orang India sahaja ke…,” kata Vishal Kumar.

Tambah Sam Gv, sebagai penganut yang sering ke situ setiap hari Ahad, beliau berharap pihak pengurusan kuil dapat melakukan sesuatu dan meletakkan papan tanda etika kod pemakaian secepat yang mungkin.

“Jangan lupa bahawa ini adalah kuil kami dan tempat untuk kami sembahyang,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button