Gaya Hidup

Kenapa Gearbox Kereta Auto Senang Rosak?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pernahkah anda memandu kereta tiba-tiba terasa gear tersentak, jerking atau penukaran gear kereta terasa lambat? Jika ianya berlaku, mungkin anda perlu memberi perhatian segera kepada gear kereta anda.

Lakukan pemeriksaan secepat mungkin untuk mencegah kerosakan berlaku. Bak kata pepatah, adalah lebih baik mencegah daripada merawat.

Kebanyakan pemilik kereta, tidak kira sama ada pemilik kereta baru atau “secondhand”, kerap kali terlupa mahupun sengaja tidak mengikut jadual penukaran minyak gearbox.

Kebanyakan pemandu kereta hanya lebih mementingkan untuk menukar minyak enjin kereta berbanding penukaran minyak gearbox ATF.

Kebanyakan pemandu masa kini lebih selesa memilih kereta gear auto berbanding kereta gear manual memandangkan ia lebih mudah dipandu serta mesra penggunaan tidak kira umur atau jantina.

Tetapi anda harus beri lebih perhatian kerana penjagaan gearbox jenis auto bukanlah sesuatu yang mudah kerana sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Sebagai pemilik kereta auto, anda perlu tahu serba sedikit tentang penjagaan gearbox bagi mengelak berlakunya kerosakan pada gearbox kereta anda.

Buat pengetahuan anda, kos untuk membaiki gearbox adalah jauh lebih mahal dari kos untuk membaiki enjin!

Berikut adalah langkah terbaik untuk memastikan gearbox auto kereta anda sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang :

1. Sentiasa menepati jadual servis minyak Automatic Transmission Fluid (ATF)

Penukaran minyak ATF perlu menepati jadual yang telah disyorkan 20,000 hingga 30,000 bagi mengelak berlakunya kerosakkan pada gearbox anda disebabkan geseran daripada gigi gear yang berlaku dalam kotak gearbox.

Jika anda tidak menepati jadual penukaran, Minyak ATF yang lama digunakan kebiasaannya mengandungi enapan-enapan minyak dan menghasilkan serpihan besi yang boleh menyebabkan keadaan minyak menjadi likat dan ia akan memendekkan jangka hayat gearbox kereta.

Keadaan minyak yang semakin likat ini boleh menjejaskan prestasi gearbox anda dan menyebabkan suhu di dalam gearbox lebih tinggi dari biasa.

2. Ganti penapis gearbox (auto filter) semasa servis gearbox

Kebanyakan model yang terkini mempunyai penapis yang boleh diganti. Ia perlu diganti untuk memastikan tekanan di dalam gearbox tidak mempunyai sebarang tekanan serta gangguan.

Setiap penapis mempunyai tahap keupayaan untuk menapis enapan dengan efisyen. Jika kekotoran yang ditapis melebihi kapasiti ini, masalah aliran ATF tersumbat akan berlaku dan menyumbang kepada masalah gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox.

Pastikan auto filter diganti mengikut jadual ataupun setiap kali anda servis minyak ATF. Sekiranya anda tidak pasti sama ada gearbox kereta anda memiliki auto filter yang boleh diganti ataupun tidak, sila rujuk dengan mekanik di kawasan anda untuk kepastian.

3. Gearbox treatment

Pencegahan dan rawatan awal adalah langkah terbaik untuk memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda bagi mengurangkan risiko yang akan dihadapi.

Penggunaan gearbox treatment juga berfungsi untuk mengurangkan daya geseran yang tinggi dan mengawal suhu melampau dalam gearbox. Disamping komponen dalaman gearbox mendapat perlindungan penuh dari segala faktor “wears and tears”.

Penggunaan gearbox treatment dapat menggurangkan gangguan tekanan hidraulik. Ia juga membantu penukaran gear yang lancar dan lembut sepanjang penggunaan.

Leave a Reply

Back to top button