Tempatan

Kenapa Dr. MAZA Boleh Jumpa Anak Saya Tapi Saya Tak Boleh?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 19 Februari 2022 – Loh Siew Hong, seorang ibu tunggal beragama Buddha mempersoalkan bagaimana Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) dapat berjumpa dengan anak-anak beliau sedangkan beliau yang merupakan ibu kepada kanak-kanak terbabit tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya.

“Kenapa mufti tersebut boleh jumpa dengan mereka sedangkan saya tak boleh? Itu sangat kejam,” ujarnya seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Dalam sebuah hantaran di laman Instagram, mufti berkenaan memuat naik sebuah video yang memaparkan beliau sedang berbual dengan dua orang anak perempuan Loh Siew Hong.

Terdahulu, Loh Siew Hong yang beragama Buddha telah meminta supaya anaknya dipulangkan ke pangkuannya susulan perintah mahkamah yang memberikan hak penjagaan kepada ibu tunggal tersebut.

Menurutnya, anak-anaknya telah diislamkan bekas suami tanpa pengetahuannya sebelum anak-anak tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis. Pada 24 Mac 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menyerahkan hak penjagaan anak-anak tersebut kepadanya setelah proses perceraian selesai.

Namun, menurut Dr Maza, dalam hantaran beliau di laman Instagram Ahad lalu mendakwa anak-anak tersebut telah pun memeluk agama Islam semenjak Julai 2020 lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: