Antarabangsa

988: Talian Hayat Bantu Belia LGBTQ Dilancarkan 16 Julai Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Julai 2022 – Talian hayat bunuh diri baharu, 988 bakal dilancarkan pada 16 Julai ini untuk membantu mereka yang mengalami krisis kesihatan mental atau risiko membunuh diri terutamanya belia Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Questioning (LGBTQ).

Lapor Advocates, nombor Talian Hayat Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan itu menjadi satu bentuk perundangan yang ditetapkan di bawah Akta Penetapan Talian Hayat Bunuh Diri Kebangsaan dan ditandatangani oleh Presiden Donald Trump selepas mendapat kelulusan Senat serta sokongan daripada dua parti.

Bukan itu sahaja, perundangan itu juga memberi mandat bahawa nombor talian hayat berkenaan turut menyediakan perkhidmatan khusus buat belia LGBTQ yang berisiko untuk membunuh diri.

Menurut akhbar berkenaan, belia LGBTQ berisiko membunuh diri empat kali ganda berbanding rakan sebaya mereka yang bukan dari golongan LGBTQ.

Nombor itu juga lebih pendek dan mudah diingati sekali gus dapat membantu lebih ramai orang dalam krisis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: