Tempatan

Kenaikan Kos, Ibu Bapa Seru Kerajaan Kawal Harga Barangan Keperluan Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 30 Januari 2023 – Ibu bapa yang mempunyai anak yang mula bersekolah Mac ini menyeru Kerajaan untuk mengawal harga barangan keperluan sekolah.

Memetik kepada berita tempatan, seorang pengguna Twitter, @SyedAkramin menyeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memantau kos untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan.

BACA JUGA: Pemandu Mabuk: “Pesalah Patut Dihukum Setimpal Dengan Perbuatan Mereka”

BACA JUGA: CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Lato-Lato, Permainan ‘Haram’ Indonesia Kini Viral Di Malaysia

“3 bulan lepas saya ada bangkitkan isu kasut sekolah mahal. Sepasang kasut Pallas Jazz berharga RM53. Tolong tetapkan harga siling untuk kelengkapan anak-anak sekolah,” katanya dalam sebuah hantaran.

Seorang pengguna @Apei3011 membalas kepada hantarannya itu dengan mengatakan,

“Setuju. Bukan shj kasut, baju sukan dan baju badan beruniform yang dijual oleh koperasi sekolah pun patut ada siling.”

Menurut perkongsian daripada seorang ibu, Nor Atikah Abd Kadir, dia menganggarkan perbelanjaan anak-anaknya mencecah hingga RM500 sebulan dan berharap pihak Kerajaan mengutamakan pelajar tahun satu dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula Februari ini.

“Bantu dengan memberi beg sekolah percuma, bekas pensel dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan, Afiqah Ziela Asri pula berkata, dirinya mula merasakan keperluan sekolah seperti pakaian sekolah dan alat tulis kini lebih mahal berbanding tiga tahun lalu sewaktu anak sulungnya masih bersekolah rendah.

“Pada 2020, kami membelanjakan kira-kira RM300 untuk keperluan sekolah anak sulung kami tetapi tahun ini, untuk anak kedua saya, kami berbelanja RM400 hingga RM500,” kata Aziela.

Bagaimanapun, sebelum ini, seorang suri rumah, Nur Amirah Aziz menzahirkan kelegaannya dengan bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 yang diterima di saat keadaan ekonomi yang tidak menentu serta harga barang yang semakin melonjak naik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: