Tempatan

Kenaikan Harga Siling Ayam Kecil Berbanding Jangkaan – MIDF Research

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2022 – Pengumuman kenaikan harga siling ayam semalam adalah rendah jika dibandingkan jangkaan, demikian menurut firma penyelidikan, MIDF Research.

Jangkaan kenaikan harga ayam adalah sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram jika harga ayam diapungkan, jelas firma penyelidikan tersebut.

“(Jumlah) itu lebih kecil daripada jangkaan kenaikan sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram jika harga ayam diapungkan.”

MIDF Research juga memaklumkan bahawa langkah kerajaan menetapkan harga siling runcit baharu bagi ayam dan telur dapat membantu mengekang pelarasan lebih besar yang meningkatkan lagi inflasi makanan secara menyeluruh.

Ia penting memandangkan inflasi makanan telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022, jelas firma tersebut.

Selain itu, MIDF Research turut mengulas mengenai inflasi dengan mengunjurkan inflasi indeks harga pengguna (IHP) adalah sekitar 2.8 peratus pada 2022, iaitu meningkat daripada 2.5 peratus pada tahun lalu dengan mengambil kira inflasi makanan yang lebih pantas selain peningkatan berterusan dalam aktiviti perbelanjaan domestik bagi tahun ini.

Semalam, mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kenaikan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia dan akan berkuatkuasakan mulai hari ini.

Mesyuarat juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam di Semenanjung pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, 0.43 sen/biji bagi Gred B, dan 0.41 sen/biji bagi Gred C.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: