Tempatan

Kenaikan Harga Ayam: Kartel ‘Selit Kos Tersembunyi’ Naikkan Harga Ayam Peringkat Ladang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 26 November 2022 – Kenaikan harga ayam yang sentiasa meningkat dipercayai berpunca daripada percaturan kartel atau pemain industri yang ‘menyelitkan’ kos tersembunyi dengan menaikkan harga ayam di peringkat ladang.

Lapor sebuah portal berita tempatan, percaturan itu dipercayai dilakukan dengan menipu invois jualan di peringkat ladang dengan menambah 80 sen dalam invois berasingan yang kononnya merangkumi kos pengangkutan, kos tangkap ayam dan kos sewa bakul.

Is sekali gus menjadi punca kepada kenaikan harga ayam di seluruh rantaian industri termasuklah peringkat borong dan runcit di mana ia meningkat lebih tinggi daripada harga kawalan yang ditetapkan.

Penipuan di peringkat ladang itu antara punca mengakibatkan seluruh rantaian industri termasuk peringkat borong dan runcit, terpaksa menaikkan harga ayam lebih tinggi berbanding harga kawalan yang ditetapkan.

Lapor sumber kepada sebuah portal berita, pihak kartel bertindak menipu invois dengan menyediakan dua invois berasingan bagi mengelakkan dari dicekup pihak berkuasa.

Ulasnya, invois pertama jualan ayam yang dikeluarkan kartel berjumlah RM6 sekilogram, namun mereka juga menyediakan satu invois khas berjumlah 80 sen sekilogram ayam, bertujuan mengaburi mata penguat kuasa yang melakukan serbuan dan tinjauan ke ladang ayam mereka.

Memetik kepada berita itu lagi, kenaikan harga peringkat ladang menyebabkan pemborong dan peruncit juga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos tambahan yang terpaksa mereka bayar untuk membeli ayam di ladang-ladang ternakan, sekali gus meningkatkan harga peringkat runcit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: