Tempatan

Kenaikan Gaji Awam: Segera Buat Aduan Jika Harga Barang Naik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 22 Ogos 2024 – Pengguna digesa segera membuat aduan sekiranya harga barang naik secara drastik susulan kenaikan gaji penjawat awam.

Memetik laporan, Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Indrani Thuraisingham berkata, “Sebagai pengguna bijak, kita seharusnya sentiasa pantau harga barang, kalau rasa naik secara mendadak segera buat aduan.”

“Kalau hanya harap pemantauan daripada pihak berkuasa kita risau ia tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.”

Jelas beliau, segelintir pengguna dilihat lebih gemar membuat keluhan tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sebaliknya, pengguna boleh membuat aduan menerusi pelbagai platform, antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCCC).

Beliau turut menegaskan kepada para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan kerana ia akan menjejaskan tujuan kerajaan (menaikkan gaji) yang ingin membantu rakyat berpendapatan rendah dan medium.

“Penalti atau denda lebih tinggi perlu dikenakan kepada peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: