Antarabangsa

Mahkamah Sweden Putuskan Polis Tiada Hak Larang Upacara Bakar Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWEDEN, 14 Jun 2023 – Mahkamah Rayuan Sweden telah memutuskan bahawa pihak polis tidak mempunyai dasar perundangan untuk menghalang dua perhimpunan yang mana para penunjuk perasaan telah merancang untuk membakar naskhah al-Quran pada awal tahun ini.

Keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada Isnin lalu itu dikeluarkan setelah berlakunya peristiwa pembakaran kitab suci umat Islam di luar kedutaan Turkiye di Stockholm pada Januari lalu.

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Dibenarkan Mohon Operasi Pembenihan Awan

BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

Insiden pembakaran al-Quran tersebut telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dan ianya telah membuatkan orang ramai mengadakan protes terhadap tindakan biadab itu selama beberapa minggu.

Selain itu insiden yang sama telah membuatkan orang ramai menyeru agar barangan daripada Sweden diboikot serta menyeru agar tawaran keahlian Sweden ke dalam NATO terhalang.

Disebabkan insiden tersebut, pihak polis Sweden telah menolak dua lagi permohonan untuk melakukan perbuatan membakar al-Quran di luar kedutaan Turkiye dan Iraq di Stockholm pada Februari lalu, di mana satu daripada permohonan tersebut adalah permohonan individu manakala satu lagi permohonan adalah daripada sebuah organisasi.

Pihak polis berhujah bahawa protes yang berlaku setelah insiden pembakaran al-Quran pada Januari lalu dapat menjadikan Sweden sebagai “sasaran utama untuk diserang”.

Namun Mahkamah Pentadbiran Stockholm telah memutuskan bahawa kebimbangan mengenai keselamatan yang menjadi hujah pihak polis itu tidak memadai untuk mengehadkan hak untuk mengadakan tunjuk perasaan.

Namun pihak polis telah bertindak melanjutkan kes ini ke Mahkamah Rayuan namun tetap ditolak dengan alasan yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: