Antarabangsa

Jepun: Menghina secara online, masuk penjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 14 JULAI 2022 – Memuat naik hantaran penghinaan secara dalam talian (online) kini merupakan satu bentuk jenayah yang membolehkan pelakunya dipenjarakan sehingga setahun di Jepun.

Undang-undang yang mula dicadangkan supaya dinaik taraf pada musim panas lalu kini telah dipersetujui untuk dikuatkuasakan pada Khamis minggu ini.

Sebelum ini, mereka yang didapati bersalah membuat kesalahan tersebut dikenakan denda maksima 10,000 yen dan penjara tidak lebih dari 30 hari. Namun kini undang-undang tersebut telah dinaik taraf dan pelakunya juga boleh dikenakan denda sehingga 300,000 yen.

Undang-undang tersebut akan diperiksa semula tiga tahun akan datang bagi menentukan sama ada ianya memberi impak terhadap kebebasan bersuara di negara tersebut, yang mana hal ini telah disuarakan oleh para pengkritik bagi undang-undang ini.

Manakala menurut mereka yang menyokong undang-undang ini, mereka berpendapat bahawa ianya merupakan satu keperluan untuk memperlahankan perlakuan buli siber di Jepun.

Antara perkara yang menjadi perhatian berkenaan isu ini adalah berkaitan dengan takrif ‘hinaan’. Menurut undang-undang tersebut, ‘hina’ di sini merujuk kepada merendahkan seseorang dengan cara membuat tuduhan dengan sesuatu fakta berkenaan individu tersebut.

“Buat masa ini, jika seseorang menggelar seorang pemimpin di Jepun sebagai seorang yang bodoh, mungkin juga perbuatan penggelar tersebut akan dikira sebagai menghina jika merujuk kepada undang-undang (yang telah dinaik taraf, diulang semak) ini,” ujar seorang peguam jenayah, Seiho Cho kepada pihak CNN.

Pihak berkuasa Jepun mula meletakkan tumpuan penting terhadap buli siber setelah berlakunya kes bunuh diri oleh seorang bintang realiti TV, Hana Kimura. Bintang tersebut telah didapati membunuh diri berikutan mengalami penderaan, atau buli dalam talian. Ibunya telah memberi tekanan kepada pihak kerajaan supaya lebih banyak polisi anti buli online diwujudkan setelah kematian anaknya itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: