Antarabangsa

Trump: Kebocoran Saluran Gas Boleh Jadi Sebab WW3

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Oktober 2022 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerosakan pada saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2 itu adalah merupakan satu bentuk “sabotaj”.

Beliau seterusnya mengatakan bahawa perbuatan “sabotaj” tersebut mampu menyebabkan ketegangan ataupun lebih dahsyat, peperangan.

Trump membuat kenyataan demikian di laman media sosial beliau, The Truth. Dalam tulisan yang sama beliau turut mengatakan bahawa ketika semua orang sedang berbahas mengenai taufan besar yang bakal melanda Florida, situasi sekitar saluran paip gas tersebut akan menyebabkan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Menurutnya,

“Mungkin peristiwa yang jauh lebih penting untuk jangka masa yang lebih panjang adalah pengumuman bahawa saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2 di luar Rusia (yang mana saya pernah menjadi perhatian dunia sebagai Presiden ketika saya menjelaskan betapa pentingnya ia terhadap Jerman dan beberapa bahagian di Eropah. Semua orang ketawakan saya pada masa itu tapi kini mereka tidak lagi ketawa!) telah disabotaj.”

“Perkara ini boleh menyebabkan ketegangan yang jauh lebih dahsyat, atau peperangan!” tegas Trump.

Pada Selasa lalu, dilaporkan bahawa kebocoran gas keempat telah ditemukan pada saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2 yang telah rosak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: