Kementerian Pertimbang Adakan “Festival Tuak” Di Sarawak
KUCHING, 14 Jun 2023 – Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mempertimbang idea untuk mengadakan “Festival Tuak” sebagai platform untuk mempromosikan produk dan juga budaya negeri tersebut.
Kata Timbalan Menterinya, Datuk Sebastian Ting, ia berkemungkinan akan diadakan di Kuching terlebih dahulu sebagai permulaan.
“Dengan Kementerian melihat ke arah mempromosi budaya Sarawak dengan lebih agresif, kami terfikir: ‘Kenapa kita tidak mengadakan perayaan untuk tuak, satu sambutan?’”
BACA JUGA: Bakar Al-Quran & Sejadah, Individu Direman
BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan
BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor
“Idea untuk kami mengadakan perayaan ini berkemungkinan (berjalan) selama satu minggu, di mana kami mempamerkan tuak yang kita ada di Sarawak. Akhirnya, ia mungkin akan sampai kepada situasi di mana kita mengadakan pertandingan membuat tuak di setiap zon – wilayah selatan, utara dan tengah Sarawak,” kata beliau memetik kepada portal berita Borneo.
Beliau turut berkata bahawa idea yang dicadangkan itu juga boleh dijadikan acara tahunan sekali gus dapat membantu menjadikan tuak sebagai minuman yang diterima di seluruh dunia.
“Sekarang, kita mulakan dengan perayaan. Kemudian kami bergerak ke hadapan pada tahun-tahun berikutnya. Mungkin 10 tahun ke depan, dunia akan menjadi pasaran kita.”
“Pada masa ini, pengeluaran dan penggunaannya biasanya pada musim Gawai tetapi ada pihak yang bersungguh-sungguh dalam pembuatan dan menjualnya sebagai produk komersial,” tambahnya lagi.