Tempatan

Kementerian Perpaduan Mahu Rukun Negara Turut Dibaca di DUN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2024 – Kementerian Perpaduan Negara sedang berusaha untuk memastikan bacaan Rukun Negara turut dibacakan di DUN seluruh negara, lapor berita tempatan.

Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata kementerian juga sedang berusaha untuk memasukkan lima prinsip Rukun Negara, bersama mukadimahnya, sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk menyediakan modul identiti nasional dan patriotisme bagi PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) yang dijadual bermula pada Jun 2025, selain merancang konvensyen, modul kesedaran, dan lawatan jangkauan.

Jelas Aaron, inisiatif berkenaan dirangka supaya setiap rakyat memahami dan menghayati Rukun Negara bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian yang terjalin sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kementerian itu juga mahu menghidupkan semula penghayatan terhadap Rukun Negara bagi memupuk perpaduan selain turut memberi tumpuan kepada generasi muda supaya mereka didedahkan dan memahami nilai-nilai murni Rukun Negara.

Pendedahan awal Rukun Negara turut diberikan kepada kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun di tadika perpaduan dan pusat asuhan di seluruh negara.

Beliau berkata kementeriannya telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah rendah dan 189 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di institusi pengajian tinggi (IPT) setakat Jun 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: