Antarabangsa

Kementerian Kesihatan Gaza Rayu Bekal Bahan Api Untuk Hospital

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 10 Jun 2024 – Kementerian Kesihatan Gaza merayu dengan segera agar dibekalkan bahan api kepada penjana hospital di enklaf Palestin yang terjejas, memetik kepada laporan agensi berita Timur Tengah.

Menurut laporan tersebut, kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Ahad lalu turut menyatakan bahawa kegagalan membekalkan bahan api kepada hospital turut membawa maksud “kematian pasti” buat pesakit di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu.

“Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa dan organisasi kemanusiaan untuk membekalkan bahan api untuk penjana hospital.

“Kegagalan hospital untuk menjana elektrik bermakna kematian pasti bagi pesakit dan runtuhnya perkhidmatan kesihatan di Gaza,” kata Kementerian tersebut.

Kementerian tersebut turut mendakwa tentera rejim haram apartheid Israel “sengaja” memusnahkan penjana elektrik di hospital Gaza termasuklah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Hospital Nasser, Hospital Indonesia dan Hospital Kamal Adwan di utara Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: