Tempatan

Kementerian Ambil Berat Kekurangan Guru Bahasa Inggeris, Cina & Tamil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 25 September 2022 – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil berat isu yang dihadapi sekolah-sekolah KPM iaitu kekurangan guru bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh negara, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Tambah beliau, masalah itu masih wujud walaupun KPM telah melantik seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM tahun lalu.

Dalam pada itu, tindakan guru bersara lebih awal telah menyebabkan terdapat sekolah-sekolah di negara ini mengalami masalah kekurangan guru bahasa yang berterusan meskipun pengambilan guru secara one-off telah dilaksanakan.

Selain itu, ada juga guru yang mengambil cuti bersalin dan sebagainya yang turut menjadi faktor kekurangan guru di sekolah.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah, namun, kita tahu ada juga guru yang mengambil bersara secara awal bukan mengikuti pesaraan wajib dan sebagainya.”

Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pengambilan guru secara one-off tahun lalu merupakan antara usaha daripada KPM untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang dihadapi negara sebelum ini.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah mewujudkan satu platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar, iaitu sistem perekodan data di mana para guru kini tidak akan lagi menghadapi masalah terpaksa memasukkan data pemarkahan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang sama berulang kali, dalam sistem yang berlainan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: