Antarabangsa

Bank Dunia Gerakkan Langkah Komprehensif Tangani Krisis Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 24 Mei 2019 – Bank Dunia mengumumkan bahawa pembiayaan sehingga $30 bilion akan diperuntukkan bagi projek yang melibatkan pertanian, pemakanan, perlindungan sosial, air dan pengairan sebagai langkah komprehensif terhadap krisis keselamatan makanan yang berterusan.

“Kenaikan harga makanan memberi kesan kepada golongan yang miskin dan kurang berkemampuan,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass.

Menurut kenyataan di laman The World Bank antara langkah yang diambil oleh pihak Bank Dunia bagi menangani krisis ini adalah dengan menyokong pengeluaran hasil dan pihak pengeluar itu sendiri melalui peningkatan pengeluaran hasil pada musim akan datang.

Bukan itu sahaja, perdagangan secara input turut dihapuskan dan lebih memberi fokus kepada penggunaan baja yang lebih cekap.

Selain itu, Bank Dunia juga akan membantu isi rumah yang kurang berkemampuan dengan mengadakan program Nutrition-sensitive Social Protection dan menambah mekanisme bagi sumber pembiayaan.

Pelaburan terhadap keselamatan makanan dan pemakanan mapan turut akan dilaksanakan bagi memperkukuh sistem pemakanan dan meningkatkan daya tahannya terhadap iklim, perosak atau penyakit.

Terdahulu, Bank Dunia pernah menguruskan krisis harga makanan global pada tahun 2007 hingga 2008 melalui Program Tindak Balas Krisis Makanan Global (GFRP) dan menyumbangkan hasil sumbangan kepada 49 buah negara yang terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: