Tempatan

Kita Kena Pecahkan Diorang Satu Keluarga – Abang Viva

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 07 Januari 2022 – Aktivis banjir terkenal, Azwan Omar berkongsi salah satu kisah sedih yang dialaminya sewaktu misi menyelamatkan mangsa bencana banjir di Shah Alam baru-baru ini.

Ia melibatkan sebuah keluarga di mana salah seorangnya lumpuh, manakala seorang lagi baru sahaja melahirkan anak.

“Dekat Shah Alam, saya ada selamatkan satu keluarga dalam enam ke tujuh orang ahli keluarga. Ibu, ayah, salah seorangnya lumpuh. Dan suami, isteri, anak. Isterinya itu baru melahirkan anak. Baru balik ke rumah lebih kurang dalam tiga hari itu. Dia dalam pantang lagi. Dia pun duduk atas bumbung rumah juga,” kata Azwan atau nama gelarannya Abang Viva.

Apa yang membuatkannya terkilan adalah, niat untuk menyelamatkan kesemua ahli keluarga tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana apa yang beliau ada hanyalah sebuah bot kecil.

“Apabila saya sampai dengan bot kecil itu…saya kalau boleh memang nak bawa semua, tapi, dengan bot kecil itu, apa sahaja yang kita boleh bawa. Saya terpaksa pisahkan diorang dalam keadaan bencana itu. Jadi macam, kenapalah aku tak bawa bot yang lebih besar. Itu memang pengalaman yang saya sendiri rasa,” kata Abang Viva dalam nada sebak.

Kerana kekangan ruang di dalam bot, beliau hanya boleh menyelamatkan ahli keluarga mengikut senarai keutamaan.

“Saya dapat bawah ibu/bapa yang lumpuh, ibu yang bawa anak. Yang lain saya terpaksa tinggalkan dulu. Sebab kita kena pergi tempat lain juga. Saya kena selamatkan kanak-kanak dan warga emas dulu. Itu priority yang utama sekali yang diberitahu kepada saya. Nak tak nak kita terpaksa tinggalkan yang lain dulu. Suami dia semua tu kita terpaksa tinggalkan. Bawa yang baby dan orang tua.”

Menurutnya, hal inilah yang membuatkannya sebak dan sedih.

“Kita kena pecah macam itu dan dengan keadaan air tengah naik lagi masa itu. Kita kena pecahkan diorang satu keluarga.”

“Memang tak boleh bayangkan kalau keluarga kita dalam keadaan macam itu, kena pecahkan pula, dengan mereka dah siap salam semua.”

“Itu memang rasa macam, Ya Allah…tak tahu nak cakap apa masa itu. Memang sedih sangatlah.”

Alhamdulillah, kesemua ahli keluarga mangsa banjir itu berjaya diselamatkan.

Perkongsian Abang Viva ini disiarkan menerusi program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) Edisi Khas.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau membawa bersama bot yang diikat di atas kereta Vivanya dan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.

Bukan itu sahaja, apa yang mebih mengharukan adalah, beliau yang bekerja sebagai operator mesin sanggup memohon cuti kecemasan daripada majikannya untuk datang ke Shah Alam bagi membantu mangsa banjir.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: