Tempatan

Kembalikan Anak Loh Siew Hong… Polis Jangan Hina Mahkamah – Ramkarpal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 – Ahli Parlimen, Ramkarpal Singh menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan supaya tiga orang anak kepada Loh Siew Hong, seorang wanita beragama Buddha, diserahkan kepada ibu mereka.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya bantuan tidak diberikan kepada ibu tersebut.

“Perlu ditekankan, polis boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya mereka gagal mematuhi arahan mahkamah dan memberikan bantuan kepada Loh Siew Hong,” tegas wakil DAP Parlimen Bukit Gelugor itu.

Terbaru, Loh Siew Hong telah pun berjumpa dan berbincang dengan anak-anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar. Loh Siew Hong bagaimanapun bersetuju untuk menyerahkan anaknya dalam penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat buat sementara waktu.

Menurut YB Satees Muniandy dalam sebuah hantaran di laman Facebook, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) telah mengemukakan dokumen yang mengesahkan bahawa anak-anak Loh Siew Hong telah bertukar agama ke agama Islam.

Sebuah permohonan habeas corpus (tahanan tanpa justifikasi) telah difailkan Loh Siew Hong pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan semula anaknya dari jagaan JAIP.

Terdahulu, Loh Siew Hong mendakwa anaknya dibawa oleh bekas suaminya dan diserahkan kepada JAIP.
Suaminya yang pada asalnya beragama hindu didakwa telah mengislamkan anak-anak mereka sebelum menyerahkan anak-anak mereka untuk dijaga oleh sebuah NGO.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: