Kembali Kepada Hukum Syariah Yang Adil – Haji Rashidi
Terkejut apabila membaca laporan berita pagi ini melaporkan akan ada perubahan dasar baharu berkaitan undang-undang dalam perkara hukuman mati mandatori. Teks kenyataan pada laporan itu seperti berikut: Jemaah Menteri setuju tiada lagi hukuman mati mandatori. Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ini merupakan satu perubahan besar melibatkan lagi melibatkan hukuman mati mandotori. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 5 menjamin tiada sesiapa yang boleh diambil nyawa atau dilucut kebebasan dirinya. Ini merupakan rujukan penting, terutama berkaitan menghukum mereka yang mengancam ketenteraman sosial dan nyawa orang lain.
Keputusan baharu untuk memansuhkan hukuman mati – dengan rancangan menggantikannya dengan penjara sekurang-kurangnya 30 tahun – membangkitkan perbahasan di kalangan orang ramai. Ini kerana pastinya akan ada salah faham atau mungkin ketidakadilan kepada mangsa, lebih-lebih lagi ke atas keluarga mangsa kena bunuh, mungkin akan membantah langkah itu dan dalam masa yang sama pejuang hak asasi manusia pula akan mengambil kesempatan menyokongnya pula.
Selanjutnya Menteri juga berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Mengenai hukuman rotan sehingga 12 kali ini mungkin boleh diperbahaskan mengapa perlu rotan sehingga 12 kali, tidakkah ini suatu kezaliman. Jika hukuman mati dikatakan zalim, apakah hukum sebat 12 kali tidak zalim dalam keadaan pesalah hidup dan akan merasai kesakitan seperti diseksa dan jika dilakukan berturut-turut apatah lagi kaedah yang diamalkan masih mengikut cara penjajah Barat yang menghayun rotan sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius dan jika tidak dipantau boleh mendatangkan kecacatan pada anggota badan yang lain.
Dalam hal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,” katanya. Apakah hukuman rotan sehingga 12 kali sebatan itu tidak bersifat ke belakang? Mungkin tiba masanya pembuat dasar diberi kefahaman mengenai hukum syariah dan perlaksanaan hukumannya seperti rotan yang mana kaedah merotan cara Islam jauh berbeza daripada cara undang-undang sivil Barat.
Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Tidak ada undang-undang yang lebih adil daripada undang-undang yang diperuntukkan oleh Tuhan yang mengatasi keadilan manusia. Ini kerana Tuhan yang menjadikan kita maka Ia lebih tahu hukum yang bagaimana yang sesuai untuk menghukum hamba-hamba dari terus menerus melakukan kerosakkan dan maksiat.
Haji Rashidi Haris
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my