Antarabangsa

Kematian Pertama Terkait Vaksin COVID-19 Di Afrika Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFRIKA SELATAN, 06 Ogos 2022 – Badan kesihatan Afrika Selatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kematian seorang warga tempatan ada kaitan dengan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J). Ini merupakan kenyataan yang pertama kalinya dimuat naik oleh badan tersebut.

Kematian tersebut adalah disebabkan masalah neorologi yang jarang ditemui, yang mana ianya dikenali sebagai Sindrom Guillain-Barre (GBS), yang terjadi setelah individu tersebut menerima vaksin J&J tersebut. Namun butiran terperinci si mati tersebut tidak didedahkan berikutan isu kerahsiaan yang diamalkan.

Badan Pengawasan Produk Kesihatan Afrika Selatan (SAHPRA) menyatakan bahawa pemeriksaan sebab-akibat yang dijalankan dalam isu ini adalah bertepatan dengan kaedah yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berdasarkan kaedah tersebut, SAHPRA menyimpulkan bahawa kes tersebut adalah sebuah “kejadian yang melibatkan produk vaksin”.

Sebelum ini, SAHPRA telah membuat pemeriksaan terhadap sekitar 160 kes kematian sejak kempen vaksinasi COVID-19 bermula di negara itu namun tiada sebarang penemuan dibuat berkaitan dengan vaksin dan kematian, melainkan kes pertama ini.

Reuters telah melaporkan bahawa J&J telah menyatakan bahawa GBS ini sebenarnya terkait dengan beberapa jenis vaksin dan beberapa ubat-ubatan lain. Selain itu, J&J juga mendakwa bahawa sindrom ini boleh terjadi disebabkan virus SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.

Pada tahun lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) telah memberi amaran berkenaan peningkatan risiko GBS selepas vaksinasi.

GBS merupakan suatu keadaan yang ganjil, di mana ianya memberi kesan terhadap sistem imun seseorang dan ianya dapat menyebabkan munculnya simptom-simptom yang sederhana mahupun serius termasuklah lemah otot, sakit otot, kebas serta lumpuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: