Antarabangsa

Pembohongan Zionis Bersihkan Imej ‘Sia-Sia’ – Hamas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 06 November 2023 – Cubaan membohong dan mereka-reka fakta oleh tentera zionis Israel dengan harapan untuk memulihkan imejnya tidak berhasil, tegas gerakan perjuangan Islam Palestin, Hamas dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut laporan, apa yang didakwa jurucakap tentera pendudukan tentang penggunaan hospital untuk tujuan ketenteraan adalah pembohongan tidak berasas dan falasi.

Ujar mereka, ia tidak masuk akal bahkan menunjukkan bahawa pendudukan tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan dalam menghadapi kepahlawanan serta keteguhan rakyat Palestin selain amalan propaganda palsu dan pembohongan terang-terangan.

“Nampaknya semua penipuan dan pembohongan yang telah digunakan oleh pendudukan Zionis selama lebih sebulan pencerobohannya telah ‘makan diri’, dan perkara ini didedahkan di hadapan umum, yang turut keluar mengecam serta mendedahkan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai.”

Hamas turut menambah, tumpuan berterusan Zionis terhadap hospital mendedahkan niat terancang mereka untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai ke atas hospital di Semenanjung Gaza, yang menempatkan puluhan ribu mangsa cedera dan ratusan ribu mangsa yang sedang berlindung.

Gerakan pejuang itu juga meletakkan pendudukan Israel bertanggungjawab secara langsung ke atas semua pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Zionis terhadap hospital di Semenanjung Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: