Tempatan

Kemasukan Ideologi Pelampau India Ke Malaysia Amat Merbahaya – Dr Ahmad El-Muhammady

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2022 – “Gerakan ideologi ekstremis pelampau yang datang dari India amat merbahaya pada keselamatan negara dan ketenteraman awam,” tegas Penolong Professor, ISTAC-IIUM, Dr Ahmad El-Muhammady.

Menurutnya, gerakan ini sangat opportunistic dalam gerakan mereka dengan cuba mempengaruhi ahli politik tempatan dan sekiranya tidak dikawal ia boleh menjadi ancaman besar pada masyarakat majmuk di Malaysia.

Jelas beliau, dalam konteks Malaysia, sesuatu ideologi itu dianggap sebagai pelampau kerana ia bertentangan atau menyimpang dari nilai-nilai yang terkandung di dalam Rukunegara, apa yang telah dipersetujui oleh semua kaum dalam Perlembagaan Negara, undang-undang negara dan fahaman dan sikap yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar iaitu ajaran Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. Ini adalah terma rujukan kita.

Dari segi sejarah, ideologi pelampau boleh wujud dalam negara dan ada yang diimport dari luar negara, atau dibawa dari luar negara. Dulu kita berhadapan dengan gerakan dan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Kemudian, fahaman radikal politik sosialis yang berhaluan kiri, ajaran sesat, dan fahaman pelampau berteraskan agama seperti Jama’ah Islamiah dan ISIS.

Hari ini, oleh kerana kita hidup di era globalisasi dan internet, kemasukan ideologi pelampau semakin mudah, kerana segalanya terletak di hujung jari. Malaysia juga mengamalkan dasar langit terbuka, akses internet pula meluas.

Maka, penyebaran ideologi pelampau mudah berlaku. Misalnya, ramai orang muda kita direkrut oleh ISIS melalui media sosial. Penyaluran dana juga mudah berlaku seperti kes LTTE beberapa tahun lalu.

Dr Ahmad El-Muhammady berkata, ideologi pelampau mempunyai banyak jenis, sekurang-kurangnya tiga bentuk iaitu yang pertama, pelampau agama yang menggunakan justifikasi agama yang menyimpang.

Kedua, pelampau politik iaitu mereka yang membawa idea politik yang bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Ketiga, pelampau sosial yang menyebar amalan yang bertentangan dengan rukunegara dan moral masyarakat setempat.

Ia juga boleh berlaku dalam bentuk gabungan antara pelampau agama dan politik yang berpotensi mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, agenda ideologi pelampau ini bergantung kepada gerakan yang mempromosikan ideologi terbabit antaranya mendapat sokongan dari penduduk tempatan pada ideologi yang disebarkan, termasuklah, sabotaj sesebuah negara melalui cara halus.

Contoh, fahaman anti-establishment untuk mengganggu-gugat sebuah kerajaan. Ia banyak berlaku di Asia Barat melalui “regime change” agenda, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutu.

Menjadi agen perisikan asing dan ada juga yang menjadi agen perisikan asing untuk menimbulkan huru hara dalam negara, mengubah sistem politik negara seperti dalam kes ISIS di mana mereka ingin tukar kepada sistem khalifah.

Sudah tentu ada dalang bagi setiap fahaman atau ideologi pelampau ini. Sekaligus membolehkan pelampau ini boleh jadi tinggal dalam negara dan luar negara dan mereka mempunyai rangkaian dalam negara, disokong oleh dana yang besar, dan bergerak dalam bentuk low profile, dan menggunakan platform politik, media, badan kebajikan dan pendidikan. Ada orang tempatan, orang biasa atau ahli politik yang menjadi agen kepada agenda asing ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kita memang sedar tentang gerakan ini dan mereka sentiasa memantau gerakan ekstremis yang datang dari pelbagai negara termasuk gerakan ideologi ekstremis dari India.

Justeru, pemantauan berterusan oleh pihak Cawangan Khas (SB) dengan mengenal pasti individu tempatan yang membawa dan cuba menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Selain tangkapan di bawah undang-undang keselamatan dan program pemulihan sedia ada termasuklah dengan tegas mengusir keluar mana-mana individu atau rakyat asing yang terlibat dalam kes ini tanpa kompromi,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: