Tempatan

Kemarau, Aktivis Gesa Kerajaan Warta Lebih Banyak Hutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mei 2023 – Kerajaan digesa untuk mewartakan lebih banyak lagi kawasan hutan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan tadahan hujan supaya masalah kekurangan sumber bekalan air tidak berlaku pada masa hadapan.

Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin turut mencadangkan Kerajaan untuk menambahkan lagi jumlah kakitangan penguat kuasa selain membabitkan orang awam atau penduduk setempat bagi membantu pihak berkuasa.

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

BACA JUGA: Malaysia Akan Jadi Lebih Kering & Panas Bermula Jun Hingga Oktober

Jelasnya, kawasan tadahan air tersebut perlu dilakukan pengezonan dan pemetaan supaya tidak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

“Di peringkat dasar dan kelulusan, Kerajaan perlu membatalkan semua lesen syarikat konsesi yang didapati terbabit dalam memusnahkan sesuatu kawasan sumber air yang sedia ada,” tambahnya.

Menurutnya, kekurangan kawasan tadahan air dan faktor pengurusan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan pencemaran sumber air masih lagi pada tahap yang lemah.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan kenyataan cuaca panas di Malaysia akan berlanjutan sehingga Mei dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: