Kemalangan Pelumba Haram: Penghantar Barang Terkorban Cuba Bantu Mangsa
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PULAU PINANG, 18 Julai 2022 – Seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa salah seorang mangsa korban kemalangan motosikal di George Town, Pulau Pinang, adalah seorang penghantar barang yang sedang mencuba untuk membantu mangsa nahas.
Menurut ciapannya wanita berkenaan mendakwa bahawa abangnya merupakan seorang penghantar barang, tetapi terlibat sama dalam kemalangan terbabit ketika dalam proses membantu mangsa kemalangan.
“Abang saya mangsa yang meninggal. Dia adalah runner, kalau ada nampak vest oren tu dia tengah tolong orang accident .”
Ciapan tersebut mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial, di mana ramai yang menzahirkan rasa simpati tidak kurang juga yang meluahkan rasa marah terhadap kegiatan lumba haram.
“Allahu, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Amin…” ujar seorang pengguna laman Twitter.
“Sendiri mati tak apa ini dah bunuh orang lain masalahnya! Memang beban betul budak rempit ni.” Tegas pengguna yang lain.
“Mat rempit memang menyusahkan orang lain!” tambah pengguna lain pula.