Kemalangan Maut ‘Lumba Haram’: Perancangan Allah Mendahului Segala Perancangan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PULAU PINANG, 18 Julai 2022 – Berikutan kes kematian beberapa pelumba haram di George Town, baru-baru ini, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pada asalnya perancangan untuk menangkap pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan lumba haram tersebut telahpun dibuat.
Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Bin Santong; Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Pulau Pinang berserta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut telahpun membuat rondaan awal bagi mencegah aktiviti lumba haram.
Namun, malang tidak berbau, kemalangan tersebut telah berlaku dahulu sebelum tindakan sempat diambil oleh pihak polis.
“Perancangan untuk menangkap individu-individu yang terlibat dalam lumba haram tersebut juga telah diatur. Sesungguhnya perancangan Allah SWT mendahului segala perancangan.” Berikut petikan kenyataan tersebut.
Baru-baru ini, tular di media sosial video kemalangan melibatkan beberapa pelumba haram di Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu, di mana kemalangan tersebut telah meragut empat nyawa setakat ini, manakala 3 lagi cedera dan sedang menerima rawatan.