Kemalangan Berpunca Dari Silap Pemandu, Bukan Pemanduan Mabuk – Aktivis
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 09 Januari 2023 – Aktivis sosial mengatakan bahawa sebahagian besar kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kesilapan pemandu dan bukan berpunca daripada pemanduan mabuk.
Kenyataan aktivis-aktivis tersebut adalah merujuk kepada cadangan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjaga hal ehwal India, Ramesh Rao Krishnan Naidu atas larangan penjualan alkohol selepas jam 10 malam di semua kedai runcit 24 jam yang pada mereka tidak logik untuk dilaksanakan.
BACA JUGA: Ramai Majikan Gagal Patuhi Perubahan Akta Pekerja-MTUC
BACA JUGA: Kalau Tidak Kerana Masjidil Haram, Tiada Siapa Mahu Ke Arab Saudi
BACA JUGA: Ceroboh Al-Aqsa: Iran Janji Tindakan Tegas Terhadap Regim Haram Israel
Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, “Beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan itu sama sekali. Sesetengah orang membeli alkohol selepas 10 malam dan meminumnya di rumah mereka tanpa mengganggu sesiapa.”
“Jika anda bercakap tentang kemalangan jalan raya dan gejala sosial, terdapat faktor lain yang membawa kepada kejadian sedemikian. Terdapat lebih banyak kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu melulu yang memandu melebihi had laju atau menggunakan telefon bimbit mereka di jalan raya. Terdapat juga remaja yang memandu tanpa lesen.”
“Ada banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membendung jenayah dan menggalakkan keselamatan daripada hanya menyalahkan pengambilan alkohol. Itu tidak betul.”
Senada dengan beliau adalah bekas Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada kesilapan pemandu termasuk memandu laju, menukar lorong tanpa menggunakan lampu penunjuk, melanggar lampu merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Seorang lagi aktivis sosial, Tan Sri Ramon Navaratnam menyatakan bahawa cadangan tersebut adalah tidak wajar dan pengharaman alkohol akan tidak menggalakkan pelancong melawat Malaysia.
Justeru, beliau menyarankan agar Ramesh mengemukakan bukti atau penyelidikan yang mengatakan pengharaman penjualan alkohol selepas jam 10 malam akan mengurangkan jenayah dan kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, Ramesh menggesa pihak Kerajaan untuk mengharamkan penjualan alkohol di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam bagi mengelakkan kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah sekali gus memelihara generasi muda dari terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.