Tempatan

Keluarga Sokong Anak Loh Peluk Islam Walaupun Mereka Beragama Hindu – Firdaus Wong

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2022 – Firdaus Wong Wai Hung, seorang pendakwah bebas, menyatakan bahawa keluarga Nagashwaran Muniandy, bekas suami kepada Loh Siew Hong menyokong supaya ketiga-tiga orang anak saudara mereka memeluk Islam meskipun mereka sendiri beragama Hindu.

“Baru selesai Google Meet bersama adik beradik Muhammad Nagashwaran Muniandy. Mereka beragama Hindu tetapi mereka sokong ketiga-tiga anak saudara mereka memeluk Islam.” Ujarnya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga tersebut selama ini berdiam diri atas nasihatnya, namun mereka bakal tampil memberikan penjelasan berserta “bukti-bukti”.

“Mereka mendiamkan diri selama ini atas nasihat kami walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap mereka. In Sha Allah mereka tidak sabar untuk menceritakan fakta sebenar dari pihak mereka beserta bukti-bukti yang disimpan selama ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ibu bapa saudara kepada ketiga-tiga orang anak Loh Siew Hong tersebut telah menjaga tiga beradik tersebut selama hampir dua tahun dengan kasih sayang, dan mereka tahu kisah sebenar yang melanda keluarga tersebut.

“Mereka sebagai ibu bapa saudara kepada tiga beradik yang memeluk Islam serta pernah menjaga mereka tiga beradik selama hampir 2 tahun juga menyokong pengislaman mereka walaupun mereka sendiri beragama Hindu.”

“Mereka kenal siapa Loh Siew Hong. Mereka sayang & kenal ketiga-tiga beradik itu. Mereka tahu A-Z apa yang berlaku,” tegasnya lagi.

 

Leave a Reply

Back to top button