Tempatan

“Keluarga Scammer”: Polis Siasat Kes Penipuan Derma Anak Sakit Kanser

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 MAC 2023 – Polis Selangor telah memulakan siasatan berkenaan tuduhan penipuan derma oleh sebuah keluarga dari Sentul.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar setelah beliau mengesahkan menerima laporan polis daripada seorang ‘influencer’ media sosial, V. Muralitharan. Hussien juga menyatakan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 420 atas kesalahan menipu.

Menurut Hussien, siasatan tersebut telah dimulakan pada hari Selasa. Pihak mereka akan melihat laporan-laporan yang telah dibuat berkenaan dengan kes ini dan dalam masa yang sama, mereka akan memanggil Murali dan pasukannya dan juga memanggil keluarga tersebut bagi mengetahui kisah dari sudut pandang mereka.

BACA JUGA: Didakwa Mengelirukan Dewan, Wan Fayhsal Mahu PM Dirujuk Jawatankuasa Khas

BACA JUGA: Setelah 18 Tahun Larangan, Kini Berlin Benar Guru Muslim Berhijab

BACA JUGA: Isu ‘Ayam Tebuk’: Syarikat Ada Sijil Halal, Tiada Ayam Disembelih Tanpa Ikut Syarak – KPDN

Hussien juga tidak menolak kemungkinan bagi mendapatkan kerjasama daripada rakan sekerja mereka di India, di mana wang hasil derma dalam jumlah yang besar telah beberapa kali dihantar ke negara tersebut.

Dalam sesi yang sama, Hussien turut membuat ulasan mengenai kes sebuah keluarga yang telah meminta derma kononnya bagi seorang pesakit kanser di sebuah hospital di India yang sangat memerlukan sejumlah RM400,000 bagi tujuan pembedahan.

Keluarga tersebut telah meminta derma daripada orang awam, para VIP, ahli-ahli politik serta organisasi bukan Kerajaan dan setakat ini telah berjaya mengumpul ribuan ringgit termasuklah RM308,000 bagi bulan ini sahaja setelah mendapatkan bantuan dari Muralitharan.

Muralitharan telah membuat dua laporan polis pada 21 Mac dan 27 Mac setelah beliau membuat kepastian dengan pihak hospital di India bahawa pesakit itu sebenarnya tidak wujud.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: