Tempatan

Keluarga Penghuni Penjara Dibenar Melawat Sempena Tahun Baru Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 06 FEBRUARI 2024 – Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan keluarga penghuni semua penjara pada 12 dan 13 Februari 2024.

Menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook, lawatan ditetapkan pada hari ketiga dan keempat, di mana keutamaan lawatan diberikan kepada kaum Cina sahaja.

Jabatan Penjara menetapkan dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan dalam talian (online/video call). Kaedah dalam talian akan dilaksanakan selama 3 hari bermula 14 Februari sehingga 16 Februari 2024.

Tambah jabatan itu, keluarga yang memilih kaedah bersemuka dikehendaki mematuhi beberapa syarat. Antaranya, waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang, pelawat diminta membawa Kad Lawatan dan Kad Pengenalan, serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.

Lanjutan itu, kenyataan menyebut, “Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.”

“Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja. Terdapat tiga (3) kaedah tempahan iaitu:

        i.   Sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my

ii.  Panggilan telefon di institusi berkenaan dan

iii.  Emel atau surat ke institusi berkenaan.

Akhir kenyataan, untuk mendapatkan maklumat lanjut, keluarga boleh menghubungi institusi berkaitan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: