Tempatan

Tolak Pindah Lesen Bina Sekolah Tamil, Jabatan Pendidikan Kedah Tidak Demokratik – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2022 – “Masyarakat India ingin mengetahui sebab mengapakah Kementerian Pendidikan menghalang penubuhan sekolah gantian untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Badenoch di Pulau Pinang,” Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, membangkitkan isu perpindahan lesen Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang didakwanya terhalang disebabkan beberapa tindakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kedah.

Dr P Ramasamy, membangkitkan isu jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan yang semakin berkurangan dengan tidak ada penambahan kerana Kerajaan juga tidak menggalakkan usaha untuk mengantikan sekolah vernakular yang dalam bahaya untuk ditutup kerana kekurangan pelajar ke tempat lain yang lebih sesuai.

Menurutnya, pemindahan lesen sekolah yang mungkin ditutup atas sebab kekurangan pelajar boleh dibuat menggantikan sekolah tersebut di kawasan lain yang lebih sesuai, sebagai contoh, situasi yang dihadapi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Badenoch di daerah Sungai Petani yang menghadapi masalah kekurangan pelajar.

Cadangan untuk memindahkan lesen sekolah tersebut telah dibuat dan cadangan untuk membina sebuah SJKT di Bagan Dalam, Pulau Pinang menggunakan lesen SJKT Badenoch, diterima baik pada peringkat awalnya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun memperuntukkan tanah seluas empat ekar untuk Sekolah Tamil yang akan diganti di Bagan Dalam. Permintaan SJKT di Bagan Dalam agak tinggi dan permintaan kepada SJKT membolehkan sehingga 3 buah lagi SJKT mungkin perlu dibina.

Mengulas lebih lanjut, Dr P Ramasamy berkata, kes Sekolah Tamil Ladang Badenoch di Kuala Ketil, Kedah memberikan satu contoh yang menarik tentang bagaimana pemindahan sekolah ini ke Pulau Pinang yang sepatutnya boleh dilaksanakan dengan boleh berubah menjadi rumit.

Beliau memberikan kronologi isu sekolah tersebut di mana, pada 2021, memandangkan bilangan pelajar yang rendah iaitu hanya dua pelajar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah memutuskan untuk menyelamatkan sekolah dengan memindahkan lesen ke sekolah lain di kawasan yang lebih sesuai.

Selepas itu, dengan persetujuan pejabat pendidikan tempatan dan jabatan pendidikan negeri, lembaga sekolah (LPS) telah dibentuk untuk melaksanakan pemindahan lesen itu.

“Memandangkan permintaan tinggi untuk sebuah sekolah Tamil di kawasan Bagan Dalam, Pulau Pinang, pihak PIBG telah memohon bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan sebidang tanah.

Selepas berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan untuk menyediakan sebidang tanah seluas empat ekar di Bagan.

Dengan maklumat dan perkembangan ini, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah memohon kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pemindahan lesen untuk menubuhkan sekolah ganti bagi Sekolah Tamil Ladang Badenoch di Pulau Pinang.

Pada awalnya, Bahagian Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) di KPM berpihak kepada idea pemindahan lesen sekolah ganti di Pulau Pinang.”

Walau bagaimanapun, semua itu berubah selepas pertemuan susulan yang dibuat. Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah di Kedah, pegawai-pegawai dari EPRD tidak memihak perancangan pemindahan ini lagi.

Malah menurutnya, mereka menegur pegawai dari Pejabat Pendidikan Kedah kerana memberi cadangan kepada pihak sekolah membentuk lembaga itu terlebih dahulu untuk melaksanakan pemindahan itu.

Hanya selepas teguran ini, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah membatalkan permit lembaga pengelola sekolah itu walaupun tempoh permit tersebut luput pada akhir tahun ini.

“Tindakan unilateral dan tidak demokratik di pihak Jabatan Pendidikan Kedah inilah yang mungkin mendorong ahli lembaga untuk berfikir mengambil tindakan undang-undang.

Ia bukan soal tidak membenarkan lembaga itu memindahkan sekolah ke Pulau Pinang, tetapi proses ke arah objektif ini telah digagalkan secara demokrasi.

Sama ada Kementerian Pendidikan telah menerima sebarang maklum balas daripada Pejabat Pendidikan Negeri di Pulau Pinang masih belum dapat dilihat,”

Dr P Ramasamy meletakkan harapan supaya Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dapat menyokong inisiatif masyarakat India untuk penubuhan sekolah ganti di Bagan Dalam.

“Kementerian Pendidikan harus dimaklumkan sepenuhnya mengapakah kaum India di kawasan parlimen ini amat memerlukan sebuah Sekolah Tamil.

Lagipun mereka tidak meminta Sekolah Tamil baru tetapi semata-mata untuk memindahkan lesen dari Sekolah Tamil di Kedah kepada Sekolah di Pulau Pinang.

Masyarakat bersedia untuk mengumpul dana yang diperlukan untuk membina sekolah selepas kelulusan diberikan.

Tetapi keputusan terakhir atau kelulusan bagi Sekolah Tamil ini berada di tangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya.

Semoga masyarakat India tidak mendapat kekecewaan yang besar lagi sekali dalam hal ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: