Tempatan

Keluarga Arwah Adib Tetap Buru Pembunuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 – “…Ia juga tidak bererti usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang, kata Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates menurut Berita Harian.

Kenyataan ini dikeluarkan hari ini selepas keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk menarik balik dua rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam cara yang mewakili bapa allahyarham, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates berkata, rayuan ditarik balik kerana pihak keluarga tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan.

Namun, tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.

“Keluarga allahyarham kemudiannya mengarahkan peguam cara untuk menarik balik rayuan yang masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, berhubung permohonan mengkomitkan Tommy atas tuduhan menghina Mahkamah, kerana pihak keluarga tidak lagi mahu memanjangkan perkara ini.”

“Susulan daripada arahan keluarga arwah Muhammad Adib agar rayuan bapa arwah ditarik balik, pihak peguam, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei 2022 untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.”

“Maka dengan itu, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas dan Jabatan Peguam Negara, selesai dan tamat di sini,” ujarnya lagi.

Akan tetapi, pendirian keluarga arwah untuk menarik balik rayuan komital ini juga tidak bererti bahawa usaha mencari pembunuh arwah Adib tidak boleh diteruskan oleh PDRM, kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin, tegas peguam cara itu.

Dalam kes kematian arwah Adib, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah disaman oleh bapa arwah Adib atas alasan Tommy Thomas telah menghina mahkamah apabila beliau mengeluarkan kenyataan melalui afidavit menyatakan kematian arwah Adib tiada unsur jenayah.

Dalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu, Yang Arif Datuk Suraya Othman telah menyampaikan keputusan sebulat suara bahawa alasan yang digunakan peguam Tommy Thomas tidak mempunyai merit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: