Terkini

Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 09 Jun 2023 – Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berjaya menahan seorang individu dipercayai mabuk dan terlibat dalam satu pergaduhan yang tular di media sosial yang berlaku di kawasan Lebuh Chulia, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, ACP Soffian Bin Santong, dalam satu kenyataan, suspek, seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun telah menumbuk muka dan kereta milik orang awam.

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Tradisi, “Astaghfirullah” Kata Mantan Menteri KKOM

BACA JUGA: Tanah PDRM Tukar Milik Ke Gereja, Tiada Tindakan Lanjut – Menteri Dalam Negeri

“Pihak polis sampai ke tempat kejadian telah menangkap suspek. Semasa tangkapan dibuat, suspek telah mengeluarkan perkataan kesat kepada pihak polis. Berlaku pergelutan dalam semasa tangkapan dibuat menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan.”

“Suspek berumur 56 tahun, tidak bekerja dan berasal dari George Town, Pulau Pinang. Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah. Hasil ujian awal saringan air kencing suspek juga dapati positif dadah,” kata beliau lagi.

Susulan penangkapan, pihak polis meminta orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari menjalankan kewajipannya. Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama (4) hari sehingga 11 Jun 2023.

Mengakhiri kenyataan, ACP Soffian berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video berkenaan kejadian tersebut di mana-mana laman media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: