Tempatan

Kelonggaran SOP Bagi Penerima Vaksin – PM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya terpakai buat penerima dos lengkap vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac yang melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua.

Bagi penerima vaksin Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan dos pertama.

Kelonggaran SOP ini tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dicapai negeri masing-masing.

Ujar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, aktiviti yang dibenarkan di semua negeri PPN adalah seperti berikut:

– Aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan untuk penerima lengkap dua dos vaksin sahaja. (Juga terpakai bagi rumah ibadah bukan Islam.)

– Pasangan jarak jauh (PJJ) lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing.

– Ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah/negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

– Pengembara warganegara/bukan warganegara termasuk Pemastautin Tetap atau peserta Malaysia MY Second Home) dan lengkap vaksin dibenar kuarantin wajib di rumah guna HSO digital.

SOP aktiviti sosial untuk negeri Fasa 2 dan 3 PPN pula adalah seperti:

– Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.

– ‘Dine-in’ di restoran, kedai makan, club house dibenarkan. Pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.

– Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.

– Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa ‘dine-in’ tetapi perlu mematuhi SOP ketat.

– Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

– Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house tidak dibenarkan.

– Jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya dibenarkan.

– Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan ‘homestay’ dan hotel untuk penerima lengkap dua dos vaksin.

Senarai negeri yang memasuki Fasa 2 PPN adalah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah

Manakala negeri-negeri Fasa 3 PPN pula adalah Perlis, WP Labuan dan Sarawak.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button