Tempatan

Kelewatan Pindaan SOSMA Undang Ketidakadilan & Pelanggaran Hak Asasi Manusia Berterusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Kelewatan dalam meminda mahupun memansuhkan SOSMA akan mengakibatkan ketidakadilan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan terhadap tahanan.

Kenyataan sedemikian yang dikeluarkan oleh Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek, merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution baru-baru ini yang berpendirian untuk tidak menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Menurut Zaid, Saifuddin gagal untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai sebaliknya terus berpendirian bahawa tiada keperluan untuk mengkaji semula SOSMA ketika ini.

Jelas beliau, SOSMA merupakan satu penghinaan terhadap hak kehidupan dan kebebasan malah tiada sebab untuk meneruskan akta ini.

Beliau turut menegaskan agar Menteri Dalam Negeri serta Kerajaan baharu menghayati konsep kehidupan dan kebebasan yang dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, Zaid menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk tidak berdiam diri dan ikut campur tangan dalam perkara tersebut agar SOSMA segera dikaji atau dimansuhkan.

Tegasnya, Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ini haruslah konsisten dengan pendirian mereka terhadap SOSMA yang dahulunya pernah jadi tentangan parti berkenaan selama bertahun-tahun.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution antara lain mengakui pelaksanaan SOSMA adalah lebih baik, berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat kerana ia membenarkan prosedur perundangan dibuat susulan penangkapan suspek kes terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: