Tempatan

Kelemahan Pihak Berkuasa Syar’ie Punca Sajat Lolos – Peguam Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 November 2021 – “Berkaitan Sajat, jika adapun permintaan dari negara Malaysia, maka ianya tidak semestinya akan dilaksanakan oleh Australia.”

“Tapi saya percaya Malaysia pun tidak akan meminta sebab mereka tahu bahawa undang-undang Syariah di Malaysia tidak terpakai dan tidak bersamaan dengan undang-undang yang diiktiraf di Australia mahupun jika beliau berada di Thailand sekalipun,” kata peguam Haniff Khatri dalam satu temubual dengan The Malaysian Insight.

Menurut beliau, pelaksanaan undang-undang yang lewat dan tidak efisien oleh penguatkuasa Syariah merupakan punca utama Sajat berkemungkinan tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia untuk tujuan penghakiman.

“Isu Sajat bagi saya secara rumusan adalah isu kelewatan, ke-tidakefisien-an pelaksanaan undang-undang oleh pihak berkuasa Syar’ie Malaysia kita.”

Selain itu, pengamal undang-undang tersebut turut menjelaskan bahawa antara punca utama Sajat berkemungkinan besar tidak akan dibawa pulang ke Malaysia adalah kerana prinsip perundangan antarabangsa.

Walaupun Malaysia mempunyai perjanjian dengan Australia untuk ekstradisi individu-individu dikehendaki, tetapi dalam kes ini, Australia tidak menganggap kegiatan transgender sebagai jenayah.

Maka, Australia tidak mempunyai tanggungjawab untuk mengembalikan Sajat ke Malaysia untuk menghadapi pertuduhan.

“Contohnya, kalau rompakan. Ianya satu kesalahan jenayah sivil di Malaysia. Ianya juga satu kesalahan jenayah di Australia, India ataupun Thailand sekalipun, tapi itu bukanlah kesalahan yang melibatkan saudara ataupun saudari Sajat.“

“Yang menjadi kesalahan yang ingin disiasat dihadapi di sini adalah undang-undang Syariah. Undang-undang Syariah ataupun undang-undang Islam bukannya undang-undang yang dilaksanakan ataupun bukan yang menjadi kesalahan di Australia.”

“Jadi sekiranya pun negara Malaysia meminta negara Australia memulangkan semula Sajat, saya percaya bahawa pihak Australia tidak akan mematuhi permintaan tersebut sebab tidak ada keperluan mereka mengiktiraf undang-undang yang tidak diiktiraf di negara mereka,” tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Haniff Khatri juga memberi contoh kes pembunuhan Altantuya di mana Sirul Azhar Umar telah melarikan diri ke Australia.

Menurut beliau, sebab utama Malaysia tidak boleh meminta supaya Sirul dikembalikan adalah kerana Australia tidak mengiktiraf hukuman gantung ataupun hukuman hilang nyawa yang akan dikenakan oleh Malaysia ke atas Azilah.

Perjanjian ekstradisi antara-negara memperuntukkan bahawa negara-negara berhak memohon supaya individu yang dikehendaki dikembalikan ke negara tersebut.

Namun terdapat beberapa syarat bagi perjanjian ini. Antaranya, negara yang memberi perlindungan hanya diwajibkan mengembalikan individu dikehendaki sekiranya tuduhan tersebut merupakan sebuah kesalahan yang diiktiraf di negara terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: