Tempatan

Kes Luar Tabii: Bolehkah Pencuri Tubuh Persatuan Tuntut Hak Mencuri? – Prof Dato’ Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Prof Dato’ Mahamad Naser Disa berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) tidak mempunyai hak untuk menuntut hak asasi di Malaysia.

“Hak asasi sebenarnya, macam mana kita nak kata mereka ini ada hak asasi kalau mereka itu adalah pesalah. Orang yang mengamalkan, gay ni cara hidup seksual gay, seks gay ni sex orientation, dia panggil sex orientation gay ni, sebenarnya salah.”

Mengumpamakan golongan LGBT sebagai mempromosi kesalahan jenayah, pensyarah Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini menyatakan, kegiatan LGBT ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang Syariah, tetapi juga salah di sisi undang-undang Sivil.

“Kehidupan kalau katakan dia seorang pekerja, kerja dia apa, mencuri, kerja dia merompak. Kemudian kumpulan pencuri dan perompak ini menuntut mewujudkan satu special right untuk diaorang, mana boleh! You are criminal!”

“Sama juga dengan gay. Gays are criminals! Diaorang ni melakukan kesalahan. Bukan hanya di bawah kesalahan jenayah syariah tetapi juga dalam di bawah undang-undang sivil. Jenayah sivil iaitu Civil Code.”

Perkara ini dinyatakan oleh Prof Dato’ Mahamad Naser Disa dalam sesi siaran langsung ‘Forum: Membunuh Perundangan Islam?’ anjuran Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) pada 27 Februari 2021 yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: