Tempatan

Panggung Wayang Disaman Sebab Harga Mahal, Warganet Seru Saman Tempat Lain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2022 – “M*D***ld jual air minuman RM4. Bukan air mineral tau ia AIR MINUMAN PENUTUP PUTIH 500ml. Jadi, patutkah kita?” soal seorang pengguna Twitter dalam laman sosialnya susulan berita sebuah panggung wayang disaman atas kesalahan mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

WhatsApp-Image-2022-06-16-at-12.25.21-PM.jpeg?resize=261%2C580&is-pending-load=1#038;ssl=1

Seruan @IemAzhar itu mendapat sokongan ramai berdasarkan bilangan retweet sebanyak 8,035 dan likes sebanyak 10.6k yang diterimanya dari pengguna-pengguna Twitter lain.

Senada dengannya, @LimonDaughter berkata, “Jadi…Mungkin kita kena buat laporan ke atas M*D juga? Sebab Milo ais mereka sangat mahal…”

@molf_dassler pula berkata, “Fnb lain yang baca ciapan ini akui mereka jual air mineral dengan harga Ron97.”

Seorang lagi pengguna Twitter lain juga turut berkongsi pengalaman dicaj harga mahal untuk setin air gas yang dibelinya di sebuah taman tema pada tahun 2015.

“Weh belum lagi harga air kat taman tema. Dulu aku pergi k*dz*n*a 2015 air gas, yang selalunya harga seringgit tu, RM4 setin,” kata @sadkid27.

Atas sebab itu, @izharuLLICA74 menegaskan agar semua restoran makanan segera yang mengambil keuntungan lebih ke atas pelanggan mereka turut disaman.

“Semua makanan segera memang jual air mineral ambil dari bulan punya harga, nak saman, saman semua la, turun periksa satu, satu.”

Baru-baru ini, sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) di Dataran Pahlawan Melaka dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen Melaka atas kesalahan mencatut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato, lapor Utusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: