Kekuatan Islam Negara Bergantung Kepada Bangsa Melayu – Hj Aminuddin
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya dengan lantang menegaskan bahawa kekuatan bangsa Melayu itu menjadi tempat penggantungan Islam di negara ini.
“Kekuatan Islam di negara ini bergantung kepada kekuatan bangsa Melayu!”
Namun, kekuatan bangsa Melayu itu merujuk kepada Melayu yang beriman dan bertakwa, bukan Melayu liberal.
Memetik kata-kata Ibnu Khaldun, pengerusi NGO itu menyatakan, kecintaan kepada bangsa itu bukan bererti kita rasis.
Malah, dalam keadaan tertentu wajib untuk mencintai bangsa.
“Wajib mencintai bangsa kerana bangsa inilah, bangsa Melayulah yang akan menegakkan Islam di negara ini bukan bangsa lain.”
Ucapan penuh semangat ini disampaikan beliau dalam Program Gerak Cinta Watan 1.0 di Cyberjaya pada 23 Januari 2022 baru-baru ini.
Turut hadir pada program tersebut adalah Naib Pengerusi PEMBELA Ustaz Masridzi Sat, Panel Agamawan MAMPIR Maulana Iqbal Zain Al Jauhari dan Walid Ibrahim Al Malik.