Antarabangsa

Kekang China, AS Hantar 6 Bomber B-52 Berkuasa Nuklear Ke Utara Australia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 07 Disember 2022 – Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan lagi tahap ketenteraannya di Australia. Ini termasuklah menempatkan pesawat bomber dan jet-jet pejuang di negara tersebut.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin pada Selasa lalu setelah sesi berhubungan tahunan di antara dua rakan sekutu itu.

AS melihat Australia sebagai rakan sekutu yang penting dalam usahanya bagi menghadapi China di sekitar Indo Pasifik.

Para penganalisa juga membuat penilaian bahawa Australia mampu mempunyai peranan logistik yang sangat penting untuk pertahanan Taiwan bagi menghalang sebarang tindakan oleh pihak China yang ingin menuntut Taiwan.

Namun Austin tidak mendedahkan sebarang perincian berkaitan bilakah peningkatan ketenteraan akan berlaku, atau berkenaan jumlah tentera, kapal-kapal mahupun pesawat udara yang akan terlibat.

AS bercadang untuk meletakkan sehingga 6 pesawat bomber B-52 yang mempunyai keupayaan nuklear di pengkalan udara utara Australia walaupun sedang berdepan dengan ketegangan dengan China.

Wilayah Utara Australia sebelum ini sudah sering menjadi hos bagi kerjasama ketenteraan dengan AS. Ribuan tentera laut AS telah menggunakan wilayah tersebut bagi tujuan latihan sejak dari waktu pentadbiran Barack Obama lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: