Tempatan

9 Hilang, Kapal Kargo Terbalik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 21 Julai 2023 – Sembilan kru sebuah kapal kargo dilaporkan hilang selepas Kapal MV Tung Sung itu terbalik di perairan Sebuyau, Sarawak, semalam.

Empat dari sembilan kru yang hilang merupakan warga Malaysia, lapor Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Facebooknya.

BACA JUGA: 3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

“Kesemua sembilan mangsa terdiri daripada empat warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu, Maxwell Billy Stimba, Stimba Anak Chuit. Manakala, empat warga Myanmar adalah That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo serta seorang warga Indonesia bernama Lido Ali Purwanto dilaporkan masih hilang. Kesemua mereka berumur 20 hingga 52 tahun,” kata Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

Ujarnya, aduan awal diterima pada jam 9.40 pagi semalam berkaitan kehilangan kapal tersebut setelah kapal tidak dapat dikesan dan dihubungi.

“Aset Maritim Malaysia Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu yang dalam rutin rondaan telah diaturgerak ke lokasi terakhir kapal tersebut dilaporkan hilang iaitu pada jarak lebih kurang 12 batu timur laut Tanjung PO,” tambah beliau.

Selain itu, bot KILAT 35 dan bantuan aset udara dari Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digerakkan ke kawasan pencarian.

Maklum Laksamana Pertama Maritim Zin Azman lagi, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) akan ditubuhkan di Jeti Penumpang, Sebuyau.

“Insiden tersebut turut disalurkan kepada agensi sahabat yang terlibat dan komuniti maritim setempat.”

Setakat ini, tiada makluman terbaru dilaporkan tentang operasi CARILAMAT itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: